KERAJAAN ABBASIYYAH
1.0 PENGENALAN
Kewujudan kerajaan Islam
Abbasiyah bermula daripada perebutan kekuasaan dalam khilafah Islam oleh Bani
Abbas. Propaganda tentang kerajaan Islam Abbasiyah bermula
daripada pemerintahan Khilafah Umar Bin Abdul Aziz (Bani
Umayyah 717-720M). pada awalnya Pusat pentadbiran berpusat di Kota Kuffah dan
Khurasan dibawah pimpinan panglima perang yang tersohor bernama Abu Muslim
al-Khurasani.
Dalam
pertempuran kuasa, Bani Abbas mendapat kemenangan dan menguasai Syria (Syam).
Selepas itu, Kota demi kota dapat dikuasainya. Pada 752M bermulanya kerajaan
Islam Abbasiyyah berdiri dengan Khalifah pertamanya iaitu Abu Abbas al-Sayyah.
Kerajaan ini berkuasa
hingga 1260M.
Dalam
sejarah kerajaan Islam Abbasiyyah, muncul dua kerajaan yang bernaung dibawah
Kerajaan Islam Abbasiyyah, iaitu Kerajaan Islam Fatimiyyah dan Ayubbiyah.
Pada
Kerajaan Islam Fatimiyah inilah berdirinya sebuah tempat pendidikan yang
terkenal, Al-Azhar sejak tahun 970M dimana sehingga kini menjadi pusat
perkembangan ilmu pengetahuan. (khusus kepada keagamaan).
Kebaikan kerajaan
Islam Abbasiyah yang berpusat di Iraq dan Ibu Kotanya Baghdad telah membangun
dan memajukan pelbagai sistem prasarana dalam bidang pemerintahan, ekonomi,
ilmu pengetahuan dan pendidikan, falsafah, keagamaan dan lain-lainnya yang
menjadi asas kehidupan moden sehingga hari ini.
Pendekatan
pendidikan dan pengajaran telah melahirkan ramai sarjana Islam mengkaji dan
mengembangkan pelbagai ilmu dalam bidang kedoktoran, kimia, fizik, astronomi,
matematik, geografi, historiografi, falsafah, kesusasteraan, seni muzik,
tafsir, ilmu hadith, fikih, teologi, bahasa dan tasawuf.
Kemajuan
ilmu pengetahuan dan peradaban umat manusia yang menjadi simbol kemajuan umat
Islam dan umat manusia secara Universal yang berpusat di Baghdad dan
dipelbagai wilayah kekuasaan kerajaan Islam Abbasiyah yang memerintah selama
lebih dari 5 abad (752M-1260M).
2.0 KEMUNCULAN
KERAJAAN ABBASIYYAH
Berdirinya Kerajaan
Abbasiyyah telah diumumkan di Kufah. Kemenangan ini adalah selepas
runtuhnya kerajaan Bani Umayyah yang besar, iaitu satu pimpinan dibawah
Khalifah Marwan bin Muhammad yang berpusat di semenanjung tanah Arab, dan satu
lagi pimpinan oleh Yazid bin Umar bin Hubairah berpusat di Wasit. Sudah
semestinya seluruh tenaga digembling untuk menundukkan khalifah Bani Umayyah
itu terlebih dahulu, kerana kedudukan kerajaan Abbasiyyah tidak akan teguh dan
kukuh selagi khalifah Marwan tidak dijatuhkan.
PEMBUNUHAN TERHADAP MARWAN
Abu-Abass as-Saffah telah
mengirim suatu angkatan tentera terdiri dari panglima-panglima pilihannya untuk
menentang Khalifah Marwan, dan melantik bapa saudaranya Abdullah binAli
memimpin angkatan tentera itu. Khalifah Marwan juga mempunyai satu angkatan
tentera yang besar juga terdiri dari penduduk syam yang mempunyai kekuatan
sejumlah 120000 orang pejuang. Tetapi angkatan tentera yang begitu
besar gagal mendapat kemenangan,
Kedua-dua
angkatan tentera itu telah bertempur di lembah sungai az-Zab,
salah satu cabang Sungai Dajlah (Tigris) dari sebelah timur. Pertempuran
berlaku begitu sengit. Angkatan tentera Khalifah Marwan mempunyai cukup bekal
dan jumlahnya pun besar, sementara angkatan tentera pimpinan Abdullah bin Ali
mempunyai kemahuan untuk mendapat kemenangan, dengan itu semua itu tidak dapat
menundukkan semangat dan keinginan yang terkobar-kobar. Demikianlah angkatan
tentera Abbasiyah mencapai kemenangan terhadap tentera Marwan. Tentera Khalifah
Marwan mengalami kekalahan dalam peperangan penentuan nasib di lembah sungai
az-Zab itu. Sejak itu khalifah Marwan tidak lagi berdaya menyusun kembali
angkatan tenteranya.
Khalifah
Marwan bin Muhammad telah mengundur diri ke Kota Harran.
Abdullah bin Ali Berjaya menjejakinya disana, lalu Khalifah
Marwan undur ke Qinnisirin, di utara Syria, kemudian ke Hims dan akhirnya ke
Damsyik. Tetapi Abdullah bin Ali terus memburunya dan menakluk kota-kota
tersebut. Khalifah Marwan meneruskan pengundurannya ke Palestin dan Mesir.
Abdullah tidak lagi mengejarnya tetapi mengarahkan saudaranya Saleh bin Ali,
supaya memburu Khalifah Marwan yang saat itu berada di kawasan darat Mesir.
Disana berlaku pertempuran terakhir dan tentera Abbassiyyah telah memenggal
kepalanya serta membawanya kepada Abu-Abbas.
Yazid bin Umar bin Hubairah
Setelah Khalifah Marwan tumpas, bala tentera
Abbasiyah pun bertindak untuk menundukkan Yazid bin Umar bin Hubairah yang
merupakan tunggak terakhir bagi Bani Umayyah. Yazid adalah seorang pahlawan
Arab yang menurut Qutaibah, sebagai satu-satunya panglima Arab yang berkuasa ke
atas Kota Kufah dan Basrah dalam suatu dahulu. Dia seorang tua yang tegak dan
tinggi serta merupakan ahli pidato yang lantang dan masih terus memerangi
golongan Abbasiyyah walaupun sudah diumumkan pendirian kerajaan mereka. Tetapi
apabila Khalifah Marwan terbunuh dan berakhirnya pemerintahan Bani Umayyah,
barulah dia berhenti menentang. Demikianlah keadaan Kota Wasit tempat
perlindungan Yazid bin Umar bin Hubairah, benteng terakhir bagi Bani Umayyah
yang sukar dikepung oleh tentera Abbasiyyah, tetapi telah ditawan secara damai.
Ketika
tiba di Marwu sebuah Kota yang besar di Khurasan, pada tahun 130H. Qahtabah bin
Syubaib at-Tha’ie yang baru saja dikirim oleh Ibrahim al-Imam, memimpin
sepasukan tentera terdiri dari rakyat khurasan untuk memerangi tentera Bani
Umayyah, dan seterusnya mencapai kejayaan sampai tiba di Iraq, dimana Yazid
sebagai gabenornya. Qahtabah menyeberangi sungai Euphrates untuk meneruskan tekanan
ke atas Yazid, tetapi Ma’an bin Zaidah asy-Syaiban, salah seorang pahlawan Arab
yang ketika itu ada bersama-sama Yazid, telah menyerang tentera Qahtabah dengan
hebatnya dan Qahtabah sendiri telah mati lemas. Anaknya al-Hasan bin Qahtabah
mengambil tempat bapanya memimpin tentera Abbasiyyah itu dan meneruskan
serangannya melawan tentera Bani Umayyah serta memaksa Yazid, dimana dia dan
pengikutnya berkubu dengan kuat selama sebelas bulan, sampai tiba berita
pembunuhan Khalifah Marwan bin Muhammad yang dibawa oleh Ismail bin Abdullah
al-Qisri yang berkata kepada mereka: “untuk apa lagi kamu menggadai nyawa,
sedangkan marwan telah terbunuh?” lalu mereka pun mengambil sikap untuk
berdamai.
Pihak
Abbasiyyah telah mengarahkan seluruh kekuatan mereka ke Wasit, benteng terakhir
Bani Umayyah, di mana berhimpun pahlawan-pahlawan pilihan bangsa Arab.
Abu-Abbas as-Saffah telah mengirim saudaranya Abu ja’far al-mansyur untuk
membantu al-Hasan bin Qahtabah. Abu Ja’far tahu tentang kekuatan tentera Yazid
dan pahlawan Arab yang mendukungnya. Di samping itu pula Yazid sendiri merasa
peluang untuk menang adalah tipis, setelah terbunuhnya Marwan dan tumbangnya
kerajaan Bani Umayyah.
Maka
dimulakan dialog untuk berdamai di antara kedua belah pihak
melalui utusan-utusan perdamaian. Akhirnya Abu Ja’far al-Mansur menulis surat
kepada Yazid, menawarkan jaminan keselamatan kepadanya. Yazid telah
merundingkan tawaran tersebut dengan sekelompok para ‘Alim selama
40 hari, dan hasilnya ialah beliau menerima baik tawaran itu. Keputusan
tersebut segera diberitahu kepada Abu Ja’far.
Sesudah
dibuat perdamaian damai, Yazid dan pengikut-pengikutnya pun meletak senjata.
Tetapi Abu Muslim al-Khurasani telah menulis surat kepada al-Abbas supaya
dibunuh Yazid. Maka kata-kata Abu Muslim tersebut telah menyebabkan al-Abbas
telah memerintahkan supaya yazid dan pengikutnya dibunuh.
Kerajaan Bani Abbasiyyah ialah
nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad Abdullah as-Saffah bin Muhammad bin Ali
bin Abdullah bin al-Abbas, iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran
pemerintahan Kerajaan Bani Umawiyyah. Pemerintahan Abbasiyyah adalah
berketurunan daripada Al-Abbas, bapa saudara Nabi SAW. Dilahirkan di Hamimah
pada tahun 104H. ibunya ialah Ratbah binti Ubaidullah al-Haritsi. Dilantik
menjadi Khalifah pada 3 Rabi’ul Awal 132H
As-Saffah
ialah salah seorang dari beberapa Khalifah yang mempunyai seorang isteri dan
tidak mempunyai gundik. Mungkin sebab utama iaitu isterinya yang sentiasa
disampingnya.
Oleh
itu, mereka merasakan diri mereka layak untuk menjadi Khalifah memandangkan
sasilah keturunan mereka itu. Bani Umayyah pula ialah salah sebuah daripada
golongan dalam kaum Quraisy yang berlainan daripada keturunan Nabi SAW.
Muhammad
Ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas menjalankan kempen untuk mengembalikan
kuasa pemerintahan kepada keluarga Bani Hashim di Parsi semasa pemerintahan
Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Semasa
pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan ini semakin memuncak dan
berakhirnya pada tahun 750, Abu al-Abbas al-Saffah Berjaya menewaskan tentera
Umayyah dan kemudiannya dilantik menjadi Khalifah.
Telah
menjadi fakta umum bahawa sesebuah Negara yang tertegak atas proses revolusi
terpaksa menghadapi belbagai cabaran. Demikian halnya dengan kerajaan atau
dawlah Abbasiyah yang Berjaya merebut kuasa daripada kerajaan Bani Umayyah pada
tahun 132H/750M terpaksa menghadapi bermacam-macam rintangan yang timbul akibat
rasa tidak puas hati sebahagian rakyat yang sama-sama berjuang menegakkan
Negara tersebut. Akibatnya, ramai golongan yang menjadi korban, bukan sahaja
semasa perjuangan menegakkan Negara tersebut, tetapi juga dalam proses
mempertahankan Negara daripada dilanda krisis politik.
Kerajaan
Abbasiyah terkenal dalam sejarah Islam sebagai kerajaan yang paling banyak
menghadapi masalah dan paling banyak mengorbankan nyawa manusia atas pelbagai
alasan. Dengan itu, para Khalifah Abbasiyah telah menggunakan segala mekanisme
yang ada demi mengekalkan kekuasaan mereka. Malah mengikut Ibnu Tabatiba,
tindakan para Khalifah Abbasiyah itu bukan sekadar keganasan jinayah, tetapi
juga tipu daya yang dirancang bagi memerangkap musuh-musuh mereka.
Jelasnya,
dalam proses memperkatakan kekuasaan itu para Khalifah Abbasiyah tidak
keberatan bertindak terhadap sesiapa sahaja yang dicurigai tanpa memerlukan
bukti yang kukuh.
Pemerintahan
Abbasiyyah berlanjutan dari tahun 132H-656H. tempohnya ialah selama 524 tahun.
Pada tahun 656H kaum Tatar melanggar dunia Islam. Membunuh Khalifah Abbasiyyah
serta kaum keluarganya dan mengumumkan berakhirnya pemerintahan Abbasiyyah.
Nama-nama Khalifah Pemerintahan
Abbasiyyah
Berikut ialah senarai nama-nama
Khalifah pemerintahan Abbasiyyah, daripada permulaan pemerintahan:
1. Abu Abbas as-Saffah 132H.
2. Abu Ja’far al-Mansur
136H.
3. Abu Abdullah Muhammad al-Mahdi
bin al-Mansur 158H.
4. Abu Musa al-Mahdi 169H.
5. Abu Ja’far Harun ar-Rasyid
170H.
6. Abu Musa Muhammad al-Amin
193H.
7. Abu Ja’far Abdullah al-Ma’mun
198H.
8. Abu Ishak Muhammad
al-Mu’tashim 218H.
9. Abu Ja’far Harun al-Watsiq
227H.
10. Abu Fadhl Ja’far
al-Mutawakkil 232H.
11. Abu Ja’far Muhammad
al-Muntasir 247H.
12. Abdul Abbas Ahmad al-Musta’in
248H.
13. Abu Abdullah Muhammad
al-Mu’taz 252H.
14. Abu Ishak Muhammad al-Muhtadi
255H.
15. Abu-Abbas Ahmad al-Mu’tamid
256H.
16. Abu Abbas Ahmad al-Mu’tadhid
279H.
17. Abu Muhammad Ali al-Muktafi 289H.
18. abu Fadhl Ja’far al-Muqtadir
295H.
19. Abu Mansur Muhammad al-Qahir
320H.
20. Abu Abbas Ahmad ar-Radhi
322H.
21. Abu Ishak Ibrahin al-Muttaqi
329H.
22. Abu Qasim Abdullah
al-Mustakfi 333H.
23. Abu Qasim al-Mufadhdhal
al-Muthi’ 334H.
24. Abu fadhl Abdul Karim
at-Tha’I 362H.
25. Abu Abbas Ahmad al-Qadir
381H.
26. Abu Ja’far Abdullah al-Qa’im
422H.
27. Abu Qasim Abdullah al-Muqtadi
467H.
28.Abu Abbas Ahmad al-Mustazhir
487H.
29. Abu Mansur al-Fadhl
al-Mustarsyid 512H.
30. Abu Ja’far al-Mansur ar-Rasyid
529H.
31. Abu Abdullah Muhammad
al-Muqtafi 530H.
32.Abu Muzhaffar al-Mustanjid
555H.
33. Abu Muhammad al-Hasan
al-Mustadhi’ 566H.
34. Abu Abbas Ahmad an-Nashir
575H.
35. Abu Nashr Muhammad az-Zahir
622H.
36. Abu Ja’far al-Mansur
al-Mustanshir 623H.
37. Abu Ahmad Abdullah
al-Musta’shim 640-656H.
Zaman pemerintahan Abbasiyah ini
merupakan puncak zaman sejarah Islam. Di zaman itu kaum Muslimim mulai
berhubungan dengan kebudayaan-kebudayaan asing seperti kebudayaan Parsi,
kebudayaan Hindu, dan kebudayaan Greek, dan telah menterjemahkan karya-karya
penyelidikan yang terpenting ke dalam bahasa Arab.
Walaupun
banyak sumber-sumber asli yang diterjemahkan itu telah hilang, dan yang tinggal
hanya terjemahan-terjemahan dalam bahasa Arab sahaja, namun terus terpelihara
sebagai kebudayaan-kebudayaan yang amat tinggi nilainya. Malahan di samping
menterjemah, kaum muslimin juga telah melengkapi terjemahan tersebut, dengan
memberi kritikan dan mencipta yang baru. Hasilnya kebudayaan mereka itu
berpindah pula ke barat melalui Sepanyol dan Eropah yang selanjutnya telah
menjadi salah satu sebab terpenting kebangkitan Eropah.
3.0 GERAKKAN
BANI ABBASIYAH
Terdapat dua cara gerakkan Bani
Abbasiyah.Berikut merupakan cara gerakan Bani Abbasiyah :
Gerakan secara Sulit
Kerajaan Abbasiyah tertubuh pada
awal kurun kedua Hijrah (98H) pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin
Abd.Aziz. Pengasasnya ialah Ali bin Abdullah yang kemudiannya digantikan oleh
anaknya Muhammad bin Ali. Gerakkan ini berselindung dibawah nama Bani Hasyim
(Alawiyeen dan Ahlil Bait). Pada masa ini mereka tidak menggunakan nama
Abbasiyah dengan tujuan untuk menarik sokongan Syiah dan mengelakkan berlakunya
perpecahan. Setelah Pemimpin pemberontakan Syiah iaitu Hasyim bin Muhammad
menyerahkan kuasanya kepada Ali bin Abdullah pada tahun 98 Hijrah maka Humaimah
telah dijadikan sebagai pusat gerakkan dan cawangannya ialah Kufah dan
Khurasan. Di Kufah masih terdapat cadangan untuk mengembalikan hak khalifah
kepada keturunan Rasulullah / Bani Hasyim.
Khurasan terletak jauh dari
Damsyik (Pusat pemerintahan Kerajaan Umaiyah, dan lebih mudah mendapat pengaruh
kerana penduduknya pernah menerima layanan buruk dari Kerajaan Umaiyah.
Gerakkan pemberontakkan ini lebih giat dan aktif pada zaman pemerintahan
Khalifah Umar bin Abd.Aziz kerana sikap Khalifah yang sangat berlemah lembut.
Setelah Ali bin Abdullah meninggal dunia, beliau telah digantikan oleh anaknya
iaitu Muhammad bin Ali pada tahun 117 Hijrah. Selepas itu,pemerintahan diganti
oleh Ibrahim bin Muhammad pada tahun125 Hijrah.
Gerakan Secara Terbuka
Pada tahun 747M / 129H Ibrahim
bin Muhammad menaikkan bendera hitam di Khurasan sebagai cabaran kepada
kerajaan Bani Umaiyah (pada ketika itu menggunakan bendera putih). Abu Muslim
al Khurasani, pemimpin utama dalam rangka mendirikan Kerajaan Bani Abbasiyah
telah berjaya menakluki Meru (ibu kota Khurasan). Pada ketika itu Nassar bin
Saiyar (gabenor Umaiyah di Khurasan) meminta bantuan Khalifah Marwan tetapi
gagal mendapat apa-apa bantuan dan beliau meninggal tidak lama kemudian.
Selain itu, beliau juga berjaya menakluki Kufah pada tahun 749M /
131H. Kemudian, Ibrahim bin Muhammad terbunuh dalam peperangan lalu digantikan
oleh saudaranya Abdullah bin Muhammad (Abu al Abbas al-Saffah). Selepas itu,
Abu al-Abbas mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah Kerajaan Bani Abbasiyah
pada tahun 750M / 132H. Walaupun begitu, Khalifah Marwan tidak putus asa lalu
bergerak dengan 12,000 tentera dari Harrah manakala tentera Abbasiyah dipimpin
oleh Abdullah bin Ali (bapa saudara al-Abbas). Kedua-dua tentera ini bertemu di
tebing kiri sungai Zab pada tahun 750M. Tentera Marwan mengalami kekalahan dan
Khalifah Marwan lari ke Mesir.
Pada 25 April 750 Masihi Damsyik
berjaya ditawan oleh tentera Bani Abbasiyah dan walaupun Khalifah Marwan lari
ke Mesir tetapi dapat diburu oleh tentera Abbasiyah dan beliau berjaya dibunuh
di satu daerah bernama Bousir / Busir pada 5 Ogos 750 Masihi dan kepalanya
dihantar ke Kufah
4.0 FAKTOR
KEGEMILANGAN ZAMAN ABBASIYAH
Zaman Abbasiyah sememangnya
terkenal dengan kegemilangannya dalam sistem pentadbiran negara Islam selepas
kegemilangan Kerajaan Umaiyyah.Terdapat beberapa faktor yang mencetuskan
kegemilangan kerajaan Abbasiyah. Faktor yang pertama ialah mengamalkan sistem
pentadbiran berpusat yang sistematik dan mantap yang diketuai oleh seorang
khalifah. Selain itu, bidang kuasa jabatan-jabatan yang ditubuhkan akan dinilai
dari semasa ke semasa agar ia benar-benar telus dan terurus.terdapat juga
jabatan-jabatan baru yang diwujudkan untuk melicinkan sistem pentadbiran Negara
pada ketika itu.
Dari segi
ekonomi, kerajaan Abbasiyah banyak memberi tumpuan kepada tiga sector utama
iaitu sektor pertanian, sektor perindustrian dan sektor perdagangan. Pelbagai
usaha telah dilakukan untuk memajukan sektor-sektor ini agar ia tetap memberi
hasil kepada Negara dan rakyat. Selain itu, dari segi infrastruktur fizikal dan
intelektual juga disediakan kepada rakyat seperti kemudahan hospital, sekolah,
perpustakaan dan pusat perniagaan. Hal ini menyebabkan segala keperluan rakyat
tersedia dan tidak membebankan rakyat dan dapat menikmati kehidupan yang aman
dan tenteram tanpa sebarang masalah besar yang timbul.
Dari
aspek pertahanan pula perubahan drastik telah dilakukan dengan memberi peluang
kepada orang bukan Arab untuk menyertai pasukan ketenteraan.Di samping itu, dasar
pertahanan juga turut diubah daripada hanya memberi tumpuan kepada perluasan
kuasa kepada aktiviti-aktiviti untuk membendung pemberontakan.
Kestabilan
politik juga menyumbang kepada factor kegemilangan kerajaan Abbasiyah.Pihak
kerajaan pemerintah memberikan perhatian yang serius terhadap pembasmian
pemberontakan dan perbalahan antara puak-puak yang ada pada zaman pemerintahan
kerajaan Abbasiyah.Di samping itu,dasar politik kerajaan Abbasiyah adalah
memberikan layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan
keturunan serta banyak menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan
Negara-negara luar.
Kedudukan
Baghdad yang strategik juga mempengaruhi kegemilangan kerajaan zaman
Abbasiyah.Hal ini demikian kerana,kedudukan Baghdad berada di tengah-tengah
laluan para pedagang dari timur dan barat bahkan ia juga merupakan pusat
kegiatan perdagangn dan pusat pertemuan sarjana dari timur dan barat.
Selain
itu,perpaduan antara kaum juga dititikberatkan dengan memberi layanan yang adil
kepada semua bangsa seperti Turki,Parsi dan Arab dan mereka diberikan hak yang
sama untuk menjawat jawatan dalam negara.Orang bukan Islam juga diberi layanan
yang baik selagi mana mereka tidak mengkhianati kerajaan Islam dengan cara
bebas mengamalkan ajaran masing-masing.
5.0 FAKTOR
KEMEROSOTAN KERAJAAN ABBASIYAH
Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan jatuhnya empayar kerajaan Abbasiyah yang dapat diambil pengajaran
daripadanya. Faktor pertama yang menyebabkan kemerosotan atau kejatuhan
pemerintahan zaman Abbasiyah adalah faktor kelemahan pemerintah pada ketika
itu. Kerajaan Abbasiyah pada ketika itu di bawah kekuasaan Al-Wasiqm dan beliau
tidak melakukan sebarang pembaharuan dalam sistem pemerintahan dibawah
kekuasaannya. Beliau hanya bergantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk
mentadbir negara.
Disebabkan hal ini tiada
perubahan ia menyebabkan saudara al-wasiq iaitu Al-Mutawakkil mengambil alih
takhta pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran
khalifah tanpa ada campur tangan oleh pegawai berbangsa Turki dan Parsi.
Malangnya, usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh Turki dan Parsi begitu
kuat mengusai percaturan politik kerajaan Abbasaiyah.
Selain itu, terdapat juga masalah
lain yang timbul sehingga berlakunya kejatuhan pemerintahan kerajaan Abbasiyah.
Masalah tersebut adalah berlakunya perpecahan wilayah di bawah kekuasaan
kerajaan Abbasiyah. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada akhir kurun ke-9 masihi. Impak peristiwa
ini telah menunjukkan bahawa kuasa khalifah semakin terbatas dan ia sememangnya
memberi pengaruh negatif yang besar terhadap kerajaan Abbasiyah. Akibat
daripada peristiwa ini juga menyebabkan banyak jawatan penting kerajaan
disandang oleh bangsa Turki dan Parsi. Kesan daripada itu ialah bangsa-bangsa
ini mula mengorak langkah dengan menubuhkan kerajaan dan pengaruh mereka
sendiri dan kesan yang paling buruk sekali ialah berlakunya keruntuhan
kekuasaan kerajaan Abbasiyah.
Selain itu, setiap sejarah
kerajaan yang memerintah mesti mempunyai permasalahan yang berkaittan dengan
kuasa pemerintahan. Begitu juga berlaku dalam pemerintahan kerajaan Abbasiyah.
Permasalah yang berlaku berkaitan dengan perebutan kuasa ialah terjadi apabila
putera-putera al-mutawakkil bertegang urat dan bergaduh merebut kuasa untuk
menjadi khalifah. Oleh sebab itu, kerajaan Abbasiyah menjadi lemah dari aspek
pentadbiran dan menyebabkan berlakunya perpecahan kerajaan Abbasiyah.
Ekonomi memainkan peranan yang
penting dalam membentuk sesebuah kerajaan yang mantap dan kukuh serta mampu
bersaing dengan kerajaan-kerajaan lain yang sememangnya diakui kukuhnya sistem
pemerintahannya. Begitu juga yang diperlukan oleh kerajaan Abbasiyah untuk
membentuk kerajaan islam yang mantap dan disegani oleh penduduk dunia pada
ketika itu. Tetapi disebabkan masalah kegawatan ekonomi yang melanda
menyebabkan kerajaan Abbasiyah menjadi tidak stabil. Kesan daripada masalah
kegawatan ekonomi membawa kepada munculnya masalah rusuhan dan pemberontakan
pada akhir zaman kegemilangan Abbasiyah dan sekaligus mengganggu perkembangan
kerajaan Abbasiyah pada ketika itu.
Selain itu, kesan daripada
kegawatan ekonomi yang melanda menyebabkan para pedagang tidak lagi berkunjung
ke Baghdad dan ini menyebabkan dana yang tersimpan di baitulmal semakin merosot
nilainya berbanding dengan peruntukan yang dikeluarkan.
Di samping masalah kegawatan
ekonomi yang melanda pemerintahan kerajaan Abbasiyah, terdapat juga masalah
perselisihan aliran fahaman keagamaan yang timbul tanpa disangka.Pemberontakan
sering berlaku ke atas pemerintahan kerajaan Abbasiyah dan ini menyebabkan
sistem pemerintahan menjadi tidak teratur dan kacau-bilau. Antara pihak yang
bertanggungjawab dalam agenda pemberontakan terhadap kerajaan Abbasiyah ialah
pemberontak dari golongan Syiah. Selain itu, terdapat juga satu lagi golongan
yang seangkatan dengan golongan Syiah yang melakukan pemberontakan iaitu
pemberontak dari golongan Khawarij. Hal ini demikian kerana kedua-dua golongan
pemberontak ini berpendapat bahawa jawatan khalifah hanya layak disandang oleh
pemimpin dari kalangan kumpulan mereka sahaja. Hal ini telah menyebabkan
keamanan dan ketenteraman Negara telah terganggu dan rakyat hidup dalam keadaan
yang tertekan dan kehidupan menjadi tidak tentu arah.
Kerajaan Abbasiyah juga terpaksa
menghadapi serangan dari luar yang berhasrat untuk melihat kegemilangan
kerajaan Abbasiyah jatuh menjunam dan terus tersungkur. Pada akhir zaman
pemerintahan kerajaan Abbasiyah, musuh-musuh dari utara iaitu dari Gorgia dan
Armenia telah menyerang kerajaan Abbasiyah dan menyebabkan kerajaan menjadi
tidak stabil. Selain itu, pihak barat juga telah menyerang kerajaan Abbasiyah
iaitu ketika berlakunya Perang Salib serta kerajaan Monggol dari kawasan timur
turut menyerang kerajaan Abbasiyah. Hal ini menyebabkan kerajaan Abbasiyah
tidak dapat bertahan lama dan akhirnya terus jatuh dan berakhirnya zaman
kegemilangan kerajaan Abbasiyah.
6.0 KEMAJUAN
YANG DICAPAI OLEH KERAJAAN ABASIYYAH
Penterjemahan Ilmu Pengetahuan
Memang tidak dapat dinafikan
bahawa orang islam di abad permulaan kelahiran Islam adalah merupakan golongan
masyarakat yang rajin belajar dan rajin mencari ilmu pengetahuan. Factor yang
besar berlaku demikian ialah kerana agama Islam sendiri sentiasa menggesa
umatnya supaya belajar walaupun terpaksa berhijrah ke rantau yang jauh. Bahkan
agama Islam menjadikan belajar dan mencari ilmu pengetahuan itu adalah satu
perkara fardhu yang diwajibkan. Walaupun fardhu itu pada peringkat farhdu
kifayah sahaja, tetapi sudah cukup untuk dijadikan dorongan utama kea rah itu.
Sebagaimana
yang diketahui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul yang tidak tahu
membaca dan menulis. Oleh yang demikian, sepeninggalannya tidak ada apa-apa
warisan tentang buku-buku atau pun kutub Khazanah selain daripada al-Quran dan
Hadis. Tetapi oleh kerana dorongan dari al-Quran dan Hadis itu sangat kuat
meminta umat Islam supaya belajar, dan asasnya secara umum telah pun ada di
dalam kedua-dua kitab yang berlainan, maka usaha-usaha secara serius telah
dijalankan walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Mereka belajar melalui
sesiapa sahaja yang ingin mengajar mereka. Mereka menjemput cerdik pandai
daripada berbagai bangsa dan agama serta menjemput pendita-pendita dari luar
negeri datang ke pusat pengajian mereka dengan bayaran gaji yang lumayan dan
layanan yang istimewa.
Oleh
kerana tidak mempunyai buku ilmu pengetahuan yang lengkap, maka buku-buku dari
bahasa asing diterjemahkan secara besar-besaran ke dalam bahasa Arab.
Tugas-tugas terjemahan ini adalah penting dan dianggap sebagai
sumber pemikiran Islam di samping al-Quran dan Hadis. Bagi tujuan itu, terpaksa
terlebih dahulu belajar bahasa-bahasa yang berkenaan sehingga lahirlah di
kalangan mereka cerdik pandai yang dapat menguasai berbagai bahasa, seperti
bahasa Parsi, Yunani, Hindu dan lain-lain. Jabir bin Hayyan terkenal di
kalangan orang Eropah dengan nama “Geber” adalah seorang penterjemah Islam yang
paling handal dan cekap sekali. Di samping itu, ia juga seorang ahli sains dan
sasterawan yang terbilang pada zaman kerajaan Abbasiyyah.
Gerakan
penterjemahan telah sampai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Khalifah
al-Makmum, di mana terdapat sebuah akademi khas di Baghdad yang didirikan untuk
tugas-tugas terjemahan. Di dalam akademi ini diterjemahkan buku-buku penting
dari pelbagai bahasa ke bahasa Arab. Yahya bin Masaweh telah dilantik sebagai
pengetuai akademi itu. Beliau juga diketahui telah menterjemahkan banyak buku
perubatan untuk Khalifah Harun al-Rashid.
Di
samping itu juga, hasil daripada usaha-usaha penterjemahan maka lahirlah cerdik
pandai Islam dari orang-orang Arab yang menuntut ilmu pengetahuan dari
kitab-kitab asing yang diterjemahkan. Mereka telah dapat membaca dalam
buku-buku yang terpenting yang ditulis oleh Hippocrates, Galen Plonlemy dan
lain-lain buku serta ulasan.
Mereka
kemudiannya bekerja keras di semua pusat pengajian Islam di dunia Islam waktu
itu untuk mengembangkan ilmu pengetahuan. Antara bidang-bidang ilmu pengetahuan
yang mendapat tumpuan ialah ilmu perubatan, ilmu astronomi, ilmu kimia dan
lain-lain.
Astronomi
Dalam bidang ilmu astronomi,
Khalifah al-Makmum merupakan pelopor utama mendirikan pusat penyelidikan ilmu
yang berkenaan dengan menggunakan alat-alat yang sudah agak sempurna dan
teratur di Baghdad. Tujuannya untuk mengetahui gerak-geri bintang di langit
supaya mereka dapat mengetahui perihal musim-musim dan perjalanan angin, tidak
sebagaimana ahli astronomi sebelum Islam dahulu kala yang bertujuan mengetahui
nasib baik dan nasib buruk yang akan menimpa menusia.
Mahaguru yang utama Ilmu
Astronomi yang terhandal di waktu itu ialah al-Khawarizmi. Beliau telah
menyelidiki kitab-kitab ilmu yang berkenaan dari umat India, Parsi, Yunani dan
Mesir, kemudian memberi pendapatnya menurut lunas-lunas Islam. Dengan usahanya
orang-orang Islam tidak lagi banyak terpengaruh oleh khayalan dan dongengan
zaman silam.
7.0 PERKEMBANGAN
EKONOMI ZAMAN ABBASIYAH
Perkembangan ekonomi pada zaman
kerajaan Abbasiyah bermula pada pemerintahan Khalifah Abu Ja’far
al-Mansur. Pada ketika itu, beliau memindahkan pusat pemerintahan kerajaan dari
Damsyik ke Baghdad dan disitulah terbina dan bermulanya Baghdad. Ia dibina
bersebelahan dengan Sungai Dajlah (Sungai Tigris) dan berbentuk
bulatan serta mempunyai empat buah pintu. Kota Baghdad pada masa itu dibina
dengan dikelilingi benteng-benteng yang kukuh serta ditengahnya dibina Masjid
Jamek al-Mansur.
Keistimewaan Baghdad Dari Segi
Ekonomi
Baghdad merupakan satu tempat
atau lokasi yang amat istimewa dari segi ekonomi. Hal ini demikian kerana
kedudukannya yang strategik dan ia merupakan laluan perdagangan oleh pedagang
dari Timur dan Barat. Selain itu, Kota Baghdad juga terdapat sebuah pasar yang
dikenali sebagai ‘Suk Baghdad’ yang menjadi tumpuan para pedagang dari Parsi. Di
samping itu, terdapat juga ladang pertanian dan ternakan serta terdapat juga
sebuah pasar yang dikenali sebagai ‘Suk al-Baqar’.
Sumber Utama Kewangan Zaman
Abbasiyah
Sumber utama kewangan kerajaan
Abbasiyah pada waktu itu terbahagi kepada tiga. Sumber yang pertama ialah hasil
daripada kegiatan perdagangan yang sememangnya banyak menghasilkan keuntungan
dan dapat menambah lagi kewangan pada waktu itu supaya stabil dan dapat
diguunakan untuk pembangunan.
Sumber
utama yang kedua pula ialah daripada hasil perindustrian yang banyak membuahkan
hasil dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Sumber utama yang ketiga
pula ialah dari hasil sektor pertanian. Sememangnya telah diketahui bahawa
sektor pertanian membuahkan banyak hasil yang lumayan. Oleh itu, tidak
hairanlah sektor pertanian menjadi salah satu daripada tiga sumber utama
kewangan kerajaan Abbasiyah pada ketika itu.
8.0 KESIMPULAN
Setelah dihayati dan dipelajari
daripada kisah kegemilangan Kerajaan Abbasiyah banyak pengajaran dan ikhtibar
yang dapat diambil daripadanya. Antaranya adalah banyak kemajuan sains dan
teknologi Eropah diambil dari zaman kegemilanagn Abbasiyah melalui tentera
salib ketika berperang dengan barat.
Selain
itu, ciri-ciri kubu pertahanan juga dapat diambil pengajarannya daripada
teknik-teknik ketenteraan dan ilmu-ilmu ketenteraan semasa bertempur
dengan eropah.
http://saffdakwah.blogspot.com/2011/12/kerajaan-abbasiyyah.html
RUJUKAN
Ismail Ahmad, Pengantar
Sejarah Umat Islam, Kuala Lumpur, Heinemann (Malaysia)
Sdn Bhd, 1985,
hlm. 84.
Mohd Azri Awang, 1996, Sejarah
dan Tamadun Umat Islam Zaman Abbasiyyah,
Tesis Master,
Jabatan Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,hlm 76.
Anon, 2006, Sejarah dan
Perkembangan,
Htpp://www.scribd.comTESIS-AKU-Abbasiyyah- Sejarah-Dan-Perkembangan.[6
Oktober 2011]
Abdul Rauh Yaacob, 1994, Lembaran
Sejarah dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka,.
Abdul Rahman Abdullah, 1981, Sejarah
dan Pemikiran Islam, Selangor: Penerbitan
Pena Sdn.
Bhd,.
Mahmood Mohd Taib An Najmi, 1971, Sejarah
Tamadun Islam, Kelantan: Pustaka
Aman Press.
Ismail Bakar. 2001. Kemelut
Politik Dalam Zaman Umawi dan Abasi. Universiti Kebangsaan Malaysia:
Pusat penerbitan & Teknologi Pendidikan.
Khairuddin Haji Muhammad. 1979. Sejarah
Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahayudin Haji Yahaya,Ahmad
Jelani Halimi, 1942, Sejarah Islam, Shah Alam,
Penerbit Fajar
Bakti 1993.
A ‘Umar, Faruq, 1983, Al-‘Abbasiyun
al-Awa’il,132-247 H/794-861 M : al-Thawrah, al- Dawlah, al-Mu’aradah
/ Faruq ‘Umar Fawzi. ‘Amman : Dar Majdalawi, 2003.
M.A Shaban. 1970, The
‘Abbasid Revolution, London. Cambridge Universiti Press.
No comments:
Post a Comment